Cara Menjadi Pengantara
CMC merekrut sukarelawan baharu setiap tahun dan permohonan ditutup pada penghujung September.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri Temu Duga Pemilihan, yang biasa diadakan dari Oktober hingga November setiap tahun.
Terdapat proses 5 tahap untuk melayakkan diri sebagai pengantara CMC:
· Permohonan
· Pemilihan
· Penilaian
· Perantisan
· Pelantikan
Untuk memohon sebagai pengantara CMC sukarela, anda harus memenuhi kriteria berikut:
-
Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.
-
Berumur 30 tahun ke atas.
-
Fasih dalam bahasa Inggeris bertulis dan pertuturan.
-
Mahir dalam bahasa atau dialek tempatan.
-
Mahir menggunakan platform Zoom untuk menjalankan pengantaraan.
-
Penglibatan aktif dalam kerja komuniti sama ada sekarang atau masa lalu; dan/atau
-
Penglibatan aktif dalam kerja sukarela sama ada sekarang atau masa lalu.
-
Telah mencapai sekurang-kurangnya Akreditasi Tahap 1 daripada Institut Pengantaraan Antarabangsa Singapura (SIMI) dalam tempoh dua tahun yang lalu.
-
Mempunyai minat untuk menyumbang dalam membina komuniti yang baik dan harmoni di Singapura.