FAQs
Urusan Operasi - Maklumat Mengenai Pusat Mediasi Komuniti (CMC)
Apakah yang dilakukan oleh Pusat Mediasi Komuniti (CMC)?
CMC, di bawah Kementerian Undang-Undang, sediakan perkhidmatan mediasi secara percuma untuk penduduk Singapura yang ada masalah hubungan atau pertikaian dalam komuniti.
- Apakah faedah mediasi?
Mediasi di CMC ada banyak kelebihan:
-
Percuma: Tak perlu bayar apa-apa.
-
Privasi terjaga: Apa yang dibincang dan siapa yang terlibat akan dirahsiakan.
-
Jimatan masa: Sesi biasanya ambil masa lebih kurang 2 jam. Dibuka hari Isnin sampai Jumaat, dan pagi Sabtu.
-
Lokasi senang dicapai: Ada sesi bersemuka di Pusat Perkhidmatan MinLaw dan 18 lokasi lain seluruh Singapura. Kalau isu tak terlalu rumit, boleh juga buat sesi secara online.
Tak perlu sediakan bukti untuk mohon mediasi di CMC.
Urusan Operasi - Kaedah Mediasi
Di manakah mediasi CMC dijalankan?
Mediasi CMC dijalankan di:
45 Maxwell Road, The URA Centre (East Wing), #07-11, Singapura 069118.
Mediasi yang dirujuk dan diarahkan oleh mahkamah dijalankan pada:
-
Hari Isnin hingga Jumaat, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Mediasi secara sukarela dijalankan pada:
-
Hari Isnin hingga Jumaat, dari 2.00 petang hingga 6.00 petang
-
Hari Sabtu, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Kami ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.
Kami juga menyediakan mediasi secara sukarela di 18 lokasi mediasi satelit berikut:
· Kelab Komuniti ACE the Place
· Kelab Komuniti Bedok
· Kelab Komuniti Ci Yuan
· Kelab Komuniti Clementi
· Kelab Komuniti Geylang Serai@Wisma Geylang Serai
· Kelab Komuniti MacPherson
· Kelab Komuniti Nee Soon East
· Kelab Komuniti Paya Lebar-Kovan
· Kelab Komuniti Toa Payoh Barat
· Kelab Komuniti Telok Blangah
· Pusat ServiceSG One Punggol
· Pusat ServiceSG Our Tampines Hub
· ServiceSG@Kelab Komuniti Keat Hong
· ServiceSG Centre@Kelab Komuniti The Frontier
· Pusat ServiceSG Bukit Merah
· Pusat ServiceSG Woodlands
· Pondok Polis Kejiranan Tampines East
· Pondok Polis Kejiranan Tampines North
Bolehkah mediasi dijalankan melalui Zoom?
Mediasi secara maya boleh diadakan untuk kes yang kurang rumit.
Urusan Operasi- Kesesuaian Permohonan Pengantaraan di CMC
Apakah jenis pertikaian yang sesuai untuk mediasi di CMC?
Mediasi di CMC sesuai untuk selesaikan masalah antara jiran, ahli keluarga, kawan, rakan sekerja, tuan rumah dan penyewa – pendek kata, apa-apa pertikaian yang libatkan hubungan peribadi. Tapi ia tak sesuai untuk kes kontrak atau urusan bisnes.
Untuk senarai penuh jenis pertikaian yang boleh dimediasikan, klik di sini.
Kenapa CMC terima permohonan tanpa buat siasatan?
CMC tak jalankan siasatan. Kami fokus bantu pihak-pihak berbincang dengan
baik dan cari penyelesaian yang semua boleh setuju.
Matlamat kami ialah bantu anda berkomunikasi secara terbuka dan capai
persetujuan bersama.
Bolehkah CMC menerima kes yang melibatkan pertikaian jiran di kondominium persendirian atau harta tanah?
Boleh! Kami terima kes jiran dari rumah HDB dan hartanah persendirian – termasuk kondominium dan apartmen.
Perlu ke saya sediakan bukti bila mohon mediasi?
Tak perlu. Anda boleh buat permohonan tanpa sediakan bukti apa-apa.
Berapa ramai boleh hadir sesi mediasi?
Biasanya, maksimum dua orang setiap pihak dibenarkan hadir – dengan syarat mereka terlibat secara langsung dalam pertikaian. Untuk sesi di lokasi satelit, hanya seorang wakil dari setiap pihak boleh hadir.
Boleh ke ahli keluarga atau ejen saya datang mewakili saya?
Boleh, jika mereka ada Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney). Kalau tidak,
sila hubungi kami dulu.
Untuk kes yang diarahkan Mahkamah, hanya individu yang disebut dalam Perintah Mahkamah boleh hadir.
Boleh ke peguam datang temankan saya masa sesi?
Di CMC, peguam tak dibenarkan hadir dalam sesi mediasi. Kalau anda perlukan nasihat undang-undang, sila dapatkan nasihat tu secara berasingan sebelum sesi.
Urusan Operasi - Permohonan Pengantaraan di CMC
Apa berlaku selepas saya hantar permohonan mediasi?
Kalau anda mohon untuk sesi mediasi secara sukarela dengan CMC, inilah apa yang akan berlaku:
-
Pengesahan Permohonan: Kami akan hantar pengakuan terima – jadi anda tahu permohonan dah diterima.
-
Penilaian Kes: Kami akan semak dulu sama ada kes anda sesuai untuk mediasi.
-
Jemputan kepada Responden: Kalau kes sesuai, kami akan jemput pihak satu lagi (Responden) untuk datang ke sesi mediasi, dan kami juga akan maklumkan anda tentang jawapan mereka.
-
Penjadualan Sesi: Kalau dua-dua pihak setuju nak datang, kami akan tetapkan tarikh, masa dan lokasi sesi. Anda akan dapat maklumat penuh.
-
Sesi Mediasi: Pada hari sesi, anda dan Responden akan jumpa mediator kami. Mediator akan bantu anda berdua berbincang dengan baik dan cari jalan penyelesaian yang semua pihak boleh terima.
-
Keputusan & Perjanjian: Kalau ada persetujuan, mediator akan tulis semua syarat dalam satu dokumen. Anda akan diberi masa untuk semak sebelum tandatangan. Salinan dokumen juga akan diberi kepada anda.
Kalau tak ada persetujuan, sesi akan tamat dengan cara yang sopan. Anda masih boleh pertimbangkan pilihan lain – contohnya, dapatkan nasihat undang-undang atau buat permohonan di mahkamah.
-
Tindakan Susulan
Kadang-kadang, kalau sesuai, kami mungkin tawarkan sesi mediasi tambahan.
JKalau Responden abaikan atau tolak jemputan CMC, apa pilihan saya? Bolehkah saya bawa kes ini ke Tribunal Penyelesaian Pertikaian Komuniti (CDRT)?
Pertikaian Melibatkan Bukan Jiran
Kalau Responden tolak atau langsung tak balas jemputan pengantaraan, anda boleh pertimbangkan pilihan lain untuk selesaikan pertikaian. Ini termasuk dapatkan nasihat undang-undang atau terus failkan permohonan di mahkamah.
Pertikaian Melibatkan Jiran dari Tampines (Semasa Fasa Perintis)
Kalau Responden tak setuju atau tak beri sebarang jawapan, anda boleh minta bantuan dari Unit Perhubungan Komuniti (CRU). Hubungi mereka di 3300 3300, dari 9 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja.
Pertikaian Melibatkan Jiran dari semua Bandar lain (Semasa Fasa Perintis)
Kalau Responden tak beri maklum balas atau tolak jemputan, kami akan keluarkan surat keputusan untuk anda. Lepas itu, anda boleh pilih untuk failkan tuntutan di Tribunal Penyelesaian Pertikaian Komuniti (CDRT).
Urusan Operasi- Sesi Pengantaraan
Apa yang berlaku semasa sesi mediasi?
Beginilah aliran proses pengantaraan di CMC:
-
Pendaftaran: Datang sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sesi bermula. Pegawai kami akan sambut anda, sahkan identiti semua yang hadir, dan pastikan semuanya siap sebelum sesi dimulakan.
-
Pengenalan oleh Pengantara: Pengantara kami akan jemput anda masuk ke bilik pengantaraan. Anda dan pihak satu lagi akan duduk di tempat yang disediakan. Sesi akan dimulakan dengan pengenalan ringkas oleh pengantara, termasuk penerangan tentang proses pengantaraan dan beberapa peraturan asas.
-
Sesi Bersama: Pemohon akan mulakan dengan berkongsi isu-isu utama yang ingin dibincangkan. Selepas itu, Responden pula akan beri maklum balas. Pengantara kami akan bantu rumuskan isu-isu penting yang diketengahkan.
-
Sesi Peribadi (jika perlu) : Kalau ada isu sensitif yang lebih sesuai dibincang secara berasingan, pengantara boleh adakan sesi peribadi dengan setiap pihak. Apa yang dikongsi dalam sesi ini akan dirahsiakan, kecuali anda izinkan untuk dikongsikan.
Pengantara boleh bergilir-gilir antara sesi bersama dan peribadi untuk bantu cari penyelesaian yang sesuai.
Penutup:
Dengan Persetujuan
Jika anda dan pihak satu lagi berjaya capai persetujuan, pengantara akan
tulis semua terma dalam satu dokumen. Anda boleh semak dulu sebelum tandatangan.
Salinan perjanjian yang telah ditandatangani juga akan diberikan kepada
anda.
Tanpa Persetujuan
Kalau tak ada persetujuan, sesi akan ditamatkan secara baik. Anda masih
boleh pertimbangkan pilihan lain seperti mendapatkan nasihat undang-undang
atau memfailkan permohonan di mahkamah.
Bolehkah saya merakam sesi pengantaraan?
Tak boleh. Sesi pengantaraan di CMC adalah sulit dan dilindungi undang-undang di bawah Akta CMC (Bab 49A). Untuk jaga kerahsiaan dan beri ruang selamat untuk semua, rakaman video, audio atau gambar tidak dibenarkansemasa sesi. Kalau kami dapati ada yang merakam, pihak itu akan diminta padamkan rakaman serta-merta di hadapan pengantara atau pegawai CMC.
Adakah Perjanjian Penyelesaian CMC sah dari segi undang-undang?
Ya. Bila anda dan pihak satu lagi tandatangan perjanjian penyelesaian, dokumen itu sah dan mengikat secara undang-undang. Anda boleh guna dokumen itu sebagai bukti kalau ada tindakan undang-undang diambil kemudian.
Urusan Operasi – Pascapengantaraan
Apa yang berlaku jika pihak lain melanggar perjanjian?
Kalau pihak satu lagi tak ikut apa yang telah dipersetujui, anda boleh mohon pemulihan sukarela sebulan selepas sesi pengantaraan terakhir. Permohonan ini boleh dibuat melalui borang atas talian kami, atau anda juga boleh hubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529 pada waktu pejabat.
Kalau pertikaian anda bukan melibatkan jiran:
Kalau pemulihan sukarela tidak berjaya, anda boleh pilih untuk teruskan dengan langkah lain – seperti mendapatkan nasihat undang-undang atau memfailkan permohonan di Mahkamah.
Kalau pertikaian anda melibatkan jiran di kawasan Tampines (semasa fasa perintis):
Kalau Responden tak beri jawapan atau menolak, anda boleh mohon Pemulihan Berarah dengan hubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529 pada waktu pejabat. Dalam kes ini, kehadiran untuk sesi pengantaraan CMC adalah wajib untuk kedua-dua pihak.
Kalau pertikaian anda melibatkan jiran di kawasan lain (semasa fasa perintis):
Kalau Responden menolak atau tak beri jawapan, kami akan keluarkan surat keputusan kepada anda. Anda ada pilihan untuk failkan tuntutan di Tribunal Penyelesaian Pertikaian Komuniti (CDRT).
*Sila ambil perhatian bahawa caj mungkin dikenakan untuk panggilan dari telefon bimbit.
Urusan Pengurusan Sukarelawan
Siapakah mediator CMC?
Mediator di CMC ialah sukarelawan terlatih yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang. Mereka telah:
-
Dipilih dengan teliti
-
Menjalani latihan dan penilaian sebelum dilantik secara rasmi
-
Terus aktif dalam sesi mediasi secara berkala
-
Menyertai latihan berterusan untuk mengekalkan kemahiran mereka
Adakah CMC mengambil sukarelawan baharu?
Ya! CMC merekrut mediator sukarelawan setiap tahun, dan permohonan akan ditutup pada hujung bulan September.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput menghadiri Temu Duga Pemilihan, biasanya antara Oktober hingga November setiap tahun.
Bagaimanakah untuk layak menjadi mediator CMC?
Terdapat lima peringkat untuk menjadi mediator:
-
Permohonan
-
Pemilihan
-
Penilaian
-
Latihan Praktikal (Apprenticeship)
-
Pelantikan Rasmi
Anda boleh hantar permohonan di sini
Siapakah yang layak memohon sebagai mediator CMC?
Untuk jadi mediator sukarelawan CMC, anda perlu:
-
Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura
-
Berumur 30 tahun dan ke atas
-
Fasih dalam Bahasa Inggeris, lisan dan tulisan
-
Boleh bertutur dalam bahasa atau dialek tempatan
-
Biasa menggunakan Zoom untuk sesi mediasi
-
Aktif dalam kerja komuniti atau kesukarelawanan
-
Mempunyai Akreditasi Tahap 1 daripada Singapore International Mediation Institute (SIMI) dalam tempoh 2 tahun terakhir
-
Berminat untuk menyumbang kepada masyarakat yang harmoni dan beradab
Permohonan boleh dihantar di sini.
Urusan Media dan Jangkauan
Saya ingin meminta taklimat oleh CMC.
Sila hubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255* 529 semasa waktu pejabat atau serahkan permintaan anda menggunakan borang dalam talian di sini.
*Sila ambil perhatian bahawa caj masa siaran mungkin dikenakan untuk panggilan yang dibuat daripada telefon mudah alih.
Di manakah saya boleh mendapatkan laporan atau statistik yang berkaitan tentang CMC?
Untuk statistik berkaitan CMC tertentu, anda boleh menghantar permintaan menggunakan borang dalam talian di sini.
Saya ingin mengadakan wawancara media.
Sila hubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529* semasa waktu pejabat atau hantar permintaan anda menggunakan borang dalam talian di sini dengan menyatakan sebab dan tujuan permintaan anda.
*Sila ambil perhatian bahawa caj masa siaran mungkin dikenakan untuk panggilan yang dibuat daripada telefon mudah alih.
Saya ingin bekerjasama dengan CMC dalam satu acara. Siapakah yang saya boleh hubungi?
Sila hubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529* semasa waktu pejabat atau hantar permintaan anda menggunakan borang dalam talian di sini dengan menyatakan sebab dan tujuan permintaan anda.
*Sila ambil perhatian bahawa caj masa siaran mungkin dikenakan untuk panggilan yang dibuat daripada telefon mudah alih.
Agensi saya ingin meminta sandaran CMC.
Sila hubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529* semasa waktu pejabat atau hantar permintaan anda menggunakan borang dalam talian di sini.
*Sila ambil perhatian bahawa caj masa siaran mungkin dikenakan untuk panggilan yang dibuat daripada telefon mudah alih.
*Paparan halaman ini mungkin berbeza di pelayar yang berbeza.