FAQs
Ada soalan? Dapatkan jawapan mengenai perkhidmatan pengantaraan CMC yang percuma dan sulit.
Urusan Operasi - Maklumat Mengenai Pusat Pengantaraan Komuniti (CMC)
Apakah yang dilakukan oleh Pusat Pengantaraan Komuniti (CMC)?
CMC, di bawah Kementerian Undang-Undang, sediakan perkhidmatan mediasi secara percuma untuk penduduk Singapura yang ada masalah hubungan atau pertikaian dalam komuniti.
Apakah faedah mediasi?
Pengantaraan di CMC menawarkan manfaat berikut:
Lokasi: Kami menyediakan sesi pengantaraan secara fizikal di 21 lokasi di seluruh Singapura. Pengantaraan secara maya juga disediakan bagi pertikaian yang kurang rumit.
Masa: Sesi pengantaraan biasanya mengambil masa sekitar 2 hingga 4 jam. Ia disediakan dari hari Isnin hingga Jumaat, serta pada pagi Sabtu.
Privasi: Segala perkara yang dibincangkan semasa sesi pengantaraan, termasuk identiti pihak-pihak yang terlibat, akan dirahsiakan.
Kos: Perkhidmatan ini adalah percuma.
Perlukah saya menyediakan bukti untuk membuat permohonan di CMC?
Anda tidak perlu mengemukakan sebarang bukti sebelum memohon pengantaraan di CMC.
Urusan Operasi - Lokasi & Waktu Pengantaraan
Lokasi dan Waktu Operasi
Kes Pengantaraan Secara Sukarela | |
|---|---|
Minlaw Services Centre | Waktu Pengantaraan: |
Lokasi Pengantaraan Satelit | Waktu Pengantaraan: |
Pengantaraan Maya | Waktu Pengantaraan: |
Kes Dirujuk Oleh Mahkamah | |
Minlaw Services Centre | Waktu Pengantaraan: |
Kes Pengantaraan Diarah | |
Minlaw Services Centre | Waktu Pengantaraan: |
Urusan Operasi- Kesesuaian Permohonan Pengantaraan di CMC
Apakah jenis pertikaian yang sesuai untuk pengantaraan di CMC?
Pengantaraan di CMC sesuai untuk menyelesaikan pertikaian antara jiran, ahli keluarga, rakan, rakan sekerja, tuan rumah dan penyewa ringkasnya, pertikaian yang melibatkan hubungan peribadi. Namun, ia tidak sesuai untuk kes kontrak atau urusan perniagaan.
Untuk senarai penuh jenis pertikaian yang boleh dirujuk ke pengantaraan, klik di sini.
Kenapa CMC menerima permohonan tanpa menjalankan siasatan?
CMC tidak menjalankan siasatan. Fokus kami adalah membantu pihak-pihak berbincang secara terbuka dan mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama.
Matlamat kami adalah untuk membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik dan mencapai persefahaman bersama.
Bolehkah CMC menerima kes pertikaian jiran di kondominium atau hartanah persendirian?
Boleh. CMC menerima kes pertikaian jiran yang melibatkan rumah HDB dan juga hartanah persendirian, termasuk kondominium dan apartmen.
Perlukah saya menyediakan bukti semasa membuat permohonan pengantaraan?
Tidak perlu. Anda boleh membuat permohonan tanpa mengemukakan sebarang bukti.
Berapa ramai yang boleh hadir semasa sesi pengantaraan?
Secara umum, maksimum dua orang bagi setiap pihak dibenarkan hadir, dengan syarat mereka terlibat secara langsung dalam pertikaian tersebut. Bagi sesi di lokasi satelit, hanya seorang wakil bagi setiap pihak dibenarkan hadir.
Bolehkah ahli keluarga atau ejen hadir bagi pihak saya?
Boleh, sekiranya mereka mempunyai Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney). Jika tidak, sila hubungi kami terlebih dahulu.
Bagi kes yang dirujuk Mahkamah, hanya individu yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah dibenarkan hadir.
Bolehkah peguam menemani saya semasa sesi pengantaraan?
Peguam tidak dibenarkan hadir semasa sesi pengantaraan di CMC. Jika anda memerlukan nasihat undang-undang, kami menggalakkan anda mendapatkannya secara berasingan sebelum sesi dijalankan.
Urusan Operasi - Permohonan Pengantaraan di CMC
Apa yang berlaku selepas saya menghantar permohonan pengantaraan?
Jika anda memohon sesi pengantaraan secara sukarela di CMC, berikut ialah proses yang akan dilalui:
Pengesahan Permohonan
Kami akan menghantar pengakuan penerimaan supaya anda tahu permohonan anda telah diterima.Penilaian Kes
Kami akan menilai terlebih dahulu sama ada kes anda sesuai untuk pengantaraan.Jemputan kepada Responden
Jika kes sesuai, kami akan menjemput pihak satu lagi (Responden) untuk menghadiri sesi pengantaraan. Kami juga akan memaklumkan anda tentang jawapan mereka.Penjadualan Sesi
Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk hadir, kami akan menetapkan tarikh, masa dan lokasi sesi. Maklumat penuh akan diberikan kepada anda.Sesi Pengantaraan
Semasa sesi berlangsung, anda dan Responden akan bertemu dengan mediator kami. Mediator akan membantu kedua-dua pihak berbincang secara terbuka dan mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama.Keputusan dan Perjanjian
Jika persetujuan dicapai, mediator akan merekodkan syarat-syarat persetujuan dalam satu dokumen. Anda akan diberi masa untuk menyemaknya sebelum menandatangani dokumen tersebut. Salinan dokumen juga akan diberikan kepada anda.
Jika tiada persetujuan dicapai, sesi akan ditamatkan secara baik. Anda masih boleh mempertimbangkan pilihan lain, seperti mendapatkan nasihat undang-undang atau membuat permohonan di mahkamah.Tindakan Susulan
Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menawarkan sesi pengantaraan tambahan jika sesuai.
Jika Responden mengabaikan atau menolak jemputan CMC, apakah pilihan saya? Bolehkah saya membawa kes ini ke Tribunal Penyelesaian Pertikaian Komuniti (CDRT)?
Pertikaian yang Tidak Melibatkan Jiran
Jika Responden menolak atau tidak memberi sebarang maklum balas terhadap jemputan pengantaraan, anda masih boleh mempertimbangkan pilihan lain untuk menyelesaikan pertikaian. Ini termasuk mendapatkan nasihat undang-undang atau memfailkan permohonan di mahkamah.
Pertikaian Jiran di Tampines (Semasa Fasa Perintis)
Jika Responden tidak bersetuju atau tidak memberi sebarang jawapan, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Unit Perhubungan Komuniti (CRU). Anda boleh menghubungi mereka di 3300 3300, dari 9 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja.
Pertikaian Jiran di Bandar-Bandar Lain (Semasa Fasa Perintis)
Jika Responden tidak memberi maklum balas atau menolak jemputan pengantaraan, kami akan mengeluarkan surat keputusan untuk anda. Selepas itu, anda boleh memilih untuk memfailkan tuntutan di Tribunal Penyelesaian Pertikaian Komuniti (CDRT).
Urusan Operasi- Sesi Pengantaraan
Apa yang berlaku semasa sesi pengantaraan?
Berikut ialah proses pengantaraan di CMC:
Pendaftaran
Sila hadir sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sesi bermula. Pegawai kami akan menyambut anda, mengesahkan identiti semua yang hadir, dan memastikan semuanya siap sebelum sesi dimulakan.Pengenalan oleh Pengantara
Pengantara akan menjemput anda masuk ke bilik pengantaraan. Anda dan pihak satu lagi akan duduk di tempat yang disediakan. Sesi akan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai proses pengantaraan dan beberapa panduan asas.Sesi Bersama
Pemohon akan memulakan sesi dengan berkongsi isu-isu utama yang ingin dibincangkan. Responden kemudian akan diberi peluang untuk memberi maklum balas. Pengantara akan membantu mengenal pasti dan merumuskan isu-isu penting yang dibangkitkan.Sesi Peribadi (Jika Perlu)
Jika terdapat perkara sensitif yang lebih sesuai dibincangkan secara berasingan, pengantara boleh mengadakan sesi peribadi dengan setiap pihak. Segala yang dikongsi dalam sesi ini akan dirahsiakan, kecuali jika anda memberi kebenaran untuk dikongsikan.
Pengantara juga boleh bergilir antara sesi bersama dan sesi peribadi untuk membantu kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang sesuai.Penutup
Jika Persetujuan Dicapai
Jika anda dan pihak satu lagi mencapai persetujuan, pengantara akan merekodkan semua terma persetujuan dalam satu dokumen. Anda akan diberi masa untuk menyemaknya sebelum menandatangani dokumen tersebut. Salinan perjanjian yang telah ditandatangani juga akan diberikan kepada anda.
Jika Tiada Persetujuan
Jika persetujuan tidak dapat dicapai, sesi akan ditamatkan secara baik. Anda masih boleh mempertimbangkan pilihan lain, seperti mendapatkan nasihat undang-undang atau memfailkan permohonan di mahkamah.
Bolehkah saya merakam sesi pengantaraan?
Tidak boleh. Sesi pengantaraan di CMC adalah sulit dan dilindungi di bawah Akta CMC (Bab 49A). Bagi menjaga kerahsiaan dan memastikan ruang yang selamat untuk semua pihak, rakaman video, audio atau gambar tidak dibenarkan semasa sesi berlangsung.
Jika didapati ada pihak yang membuat rakaman, mereka akan diminta memadamkan rakaman tersebut serta-merta di hadapan pengantara atau pegawai CMC.
Adakah Perjanjian Penyelesaian CMC sah di sisi undang-undang?
Ya. Apabila anda dan pihak satu lagi menandatangani perjanjian penyelesaian, dokumen tersebut menjadi sah dan mengikat di sisi undang-undang. Ia juga boleh digunakan sebagai bukti sekiranya tindakan undang-undang diambil pada masa hadapan.
Urusan Operasi – Pascapengantaraan
Apa yang berlaku jika pihak lain melanggar perjanjian?
Jika pihak satu lagi tidak mematuhi syarat yang telah dipersetujui, anda boleh memohon pemulihan sukarela sebulan selepas sesi pengantaraan terakhir.
Permohonan boleh dibuat melalui borang atas talian kami, atau anda boleh menghubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529 pada waktu pejabat.
Jika pertikaian anda tidak melibatkan jiran
Jika pemulihan sukarela tidak berjaya, anda masih boleh mempertimbangkan pilihan lain seperti mendapatkan nasihat undang-undang atau memfailkan permohonan di Mahkamah.
Jika pertikaian anda melibatkan jiran di kawasan Tampines (semasa fasa perintis)
Jika Responden tidak memberi maklum balas atau menolak permohonan, anda boleh memohon Pemulihan Berarah dengan menghubungi Talian Pertanyaan MinLaw di 1800 2255 529 pada waktu pejabat.
Bagi kes ini, kehadiran ke sesi pengantaraan CMC adalah wajib untuk kedua-dua pihak.
Jika pertikaian anda melibatkan jiran di kawasan lain (semasa fasa perintis)
Jika Responden menolak atau tidak memberi sebarang maklum balas, kami akan mengeluarkan surat keputusan kepada anda. Selepas itu, anda boleh memilih untuk memfailkan tuntutan di Tribunal Penyelesaian Pertikaian Komuniti (CDRT).
*Sila ambil perhatian bahawa caj mungkin dikenakan bagi panggilan dari telefon bimbit.
.png)