Proses Pengantaraan CMC
Ketahui bagaimana kes anda dikendalikan di CMC, daripada pendaftaran hingga penyelesaian.
Pendaftaran
Datang sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Pegawai kami akan sambut anda, sahkan identiti semua orang, dan pastikan semuanya sedia sebelum mula sesi.
Pernyataan Pembukaan
Pengantara kami akan jemput anda masuk bilik pengantaraan dan tempatkan anda dengan pihak satu lagi. Dia akan mula dengan penerangan ringkas pasal proses dan peraturan asas.
Sesi Bersama
Pemohon akan mula dulu cerita pasal isu yang nak dibincang. Lepas tu, Responden boleh beri jawapan. Pengantara kami akan tolong ringkaskan perkara-perkara penting.
Sesi Peribadi
Kalau ada benda sensitif nak bincang secara peribadi, pengantara boleh cakap dengan anda dan pihak satu lagi secara berasingan.Apa-apa yang dikongsi akan dirahsiakan, kecuali kalau anda benarkan untuk diberitahu.
Pengantara mungkin akan tukar-tukar antara sesi bersama dan peribadi, supaya boleh bincang jalan penyelesaian yang sesuai dengan semua.
Kesimpulan
Penyelesaian dengan perjanjian
Kalau dah capai persetujuan, pengantara akan tulis semua syarat dalam satu dokumen. Anda boleh semak dulu sebelum tandatangan, dan akan dapat satu salinan.
Tiada penyelesaian
Kalau tak dapat capai persetujuan, sesi akan ditamatkan dengan hormat. Anda masih boleh cuba cara lain untuk selesaikan isu, macam dapatkan nasihat undang-undang atau teruskan fail permohonan di Mahkamah.
.png)